Assalamualaikum,
Salam jumaat. Harini kita semua khususnya rakyat Malaysia sedang menjalani PKP di rumah masing-masing. Sama-sama kita menadah tangan berdoa agar musuh halimunan ini atau virus Covid-19 ini berlalu pergi dengan cepat seterusnya kita semua dapat menjalani kehisupan seperti sediakala.
Hati berasa sedih dan sayu, ini adalah jumaat kedua bagi umat islam di negara ini tidak dapat mengerjakan solat jumaat. Kita harus muhasabah diri dan berserah kepada Allah agar setiap amalan kita sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t
Namun jangan dilupa. Semua hero-hero negara atau barisan frontliner yang bertungkus lumus berkerja keras bagi memastikan negara berada di dalam keadaan terkawal dan selamat dari ancaman covid-19