
JANGAN RENDAM baju bersama sabun atau peluntur (bleach);
JANGAN RENDAM baju terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan pewarna baju luntur dan merosakan cetakan;
Pastikan baju DIBILAS dan jemur dengan segera agar pewarna baju tidak mengalir dan meninggalkan kesan di atas bahan cetakan;
Jemur & seterika (iron) baju secara bahagian dalam di luar /terbalik (inside out);
Kerap seterika di permukaan belakang cetakan (inside-out manner) akan membantu cetakan/gambar baju kekal lebih lama.
Bila sudah ada cara penjagaan ini, bolehlah membeli lebih banyak baju yang bercetak, dan boleh pastikan juga baju tersebut tahan lama.
Lepas ni dah tiada baju yang dijadikan kain buruk. Jom kita mencuci baju dengan cara yang betul.