Jenis-jenis Material Kain

Kami nak kongsikan berkenaan jenis-jenis material kain t-shirt yg ada di pasaran.

T-shirt diperbuat daripada beberapa jenis material atau bahan yang berbeza-beza mengikut kegunaan pakaian tersebut samada untuk casual, sukan dan sebagainya.

Material juga memainkan peranan terhadap keselesaan dan kualiti pakaian.

Dah ready nk study?..ok jom😁

1. Tetra Cotton (26TC/30TC)
Kain dari jenis Tetra Cotton merupakan campuran cotton dan ianya bukan 100% Cotton. Kain jenis ini biasanya lebih murah berbanding kain jenis 100% Cotton. Sangat sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah, tadika, kegunaan hari sukan, family day, hari keluarga dan sebagainya.
Kain jenis Tetra Cotton ini kurang meresap peluh berbanding kain jenis 100% Cotton. Tetapi material ini lebih tahan lama dan lasak serta tidak mudah mengembang selepas dibasuh.

2. Cotton 100%
Kain dari jenis 100% Cotton merupakan kain yang paling mendapat permintaan tinggi dan kain dari jenis 100% cotton ini sesuai untuk pelbagai kegunaan, aktiviti indoor mahupun outdoor dan sesuai dipakai setiap masa dan bila-bila masa sahaja.
Material jenis ini mudah meresap peluh dan selesa dipakai kerana fabriknya lebih lembut. Memandangkan ianya 100% cotton, ianya lembut dan kualiti kain dan ketahanan bergantung pada tebal kain. Kain jenis 100% cotton yang lebih tebal biasanya lebih tahan lasak. Kain jenis ini didatangkan dalam dua jenis iaitu Cotton Biasa dan Cotton High Grade.

3. CVC/Lacoste
Kain jenis CVC atau Lacoster adalah campuran diantara cotton dan polyester. Fabrik kain jenis ini lebih lembut berbanding TC atau Tetra Cotton dan kain dari material ini juga kurang meresap peluh. Kain ini banyak digunakan untuk pakaian formal seperti baju berkolar.

4. Micro Fibre
Kain jenis Micro Fibre ini amat selesa dan sedap dipakai. Kain jenis Micro Fibre kebiasaanya digunakan untuk aktiviti lasak dan rekreasi seperti hari sukan dan aktiviti luar termasuk jersey bola.
Material ini tidak meresap peluh, tetapi cepat kering. Harga bagi kain jenis ini lebih mahal dari kain TC, lacoste dan juga cotton. Material ini juga biasa dipanggil Quick Dry kerana ianya cepat kering dan ringan.

5. Cotton Interlock
Kain jenis Cotton Interlock adalah kain yang mempunyai kualiti yang tinggi dan baik. Kain jenis ini lebih tebal berbanding kain jenis lain tetapi kain cotton interlock adalah lebih lembut dan tidak panas walaupun ianya lebih tebal. Kain ini sesuai dipakai samada untuk indoor atau outdoor. Sangat sesuai untuk tshirt formal dan berkolar. Bagi yang mementingkan keselesaan dan kualiti, anda perlu memilih material jenis ini.

So mcm mana..dapat belajar sesuatu tak?..lepas ni lebih mudahla tuan-tuan nak order t-shirt, dah tahu jenis-jenis material kain kan?

#KEEP_IT_UP
#ALHASSANPRINTING

2 thoughts on “Jenis-jenis Material Kain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: