
Hari ni jumaat ketiga kaum lelaki tak dapat mengerjakan solat jumaat.
Patuhlah arahan dikeluarkan dan gantikan solat Jumaat dengan solat zuhur di kediaman masing-masing kerana apa yang diputuskan satu hal yang baik untuk kita semua.
Ambillah peluang ini supaya kita dapat bersolat berjemaah bersama keluarga di rumah.
Semua rakyat Malaysia masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua.
Sama-sama kita berdoa agar rantaian penularan COVID-19 dapat dihentikan sekali gus menjadikan negara ini bebas daripada virus berkenaan.
Terus kekal di rumah. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab. Yang penting jangan lupa solot zuhur.