
1. Ketika cuba kasut baharu, pastikan pakai dengan stokin bersama.
Pastikan anda cuba dengan jenis stokin yang anda selalu pakai. Anda mungkin suka pakai stokin yang tebal dan mungkin suka pakai stokin yang nipis.
Jika anda suka pakai stokin yang tebal, kasut anda juga perlu lebar sedikit supaya memberi ruang untuk kaki bergerak dan bernafas dengan baik.
2. Kasut perlu terus selesa selepas ianya disarungkan
Disebabkan itu anda perlu cuba sendiri kasut yang anda mahu pakai. Jika anda rasa selesa memakai kasut berkenaan, jadi kasut berkenaan untuk anda. Tetapi jika ianya menyebabkan ketidakselesaan, mungkin anda perlu pilih saiz yang lebih besar atau pilih model yang lain.
3. Jangan pilih kasut yang bukan saiz anda
Jangan pilih kasut yang terlalu ketat dan jangan pula pilih yang mudah terkeluar. Kasut yang terlalu ketat adalah kasut di mana jari-jari anda tidak boleh bergerak dan kasut yang terlalu besar pula adalah kasut yang mudah terkeluar dari tumit anda. Cari kasut yang just nice dengan kaki anda.
******