
Selamat pagi dan salam sejahtera kepada sahabat- sahabat yang cintakan kebaikan dan kebajikan.
Seperti Ramadhan yang akan pergi, begitu juga dengan kehidupan kita, lambat laun kita juga akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Bertemu dengan Allah SWT.
Ramadhan ladang kebaikan dan kebajikan. Hanya tinggal 3 atau 4 hari sahaja lagi untuk kita perbanyakkan amalan kebaikan dan kebajikan sebelum Ramadhan meninggalkan kita.
Seandainya buku catatan amalan kita penuh dengan kebaikan, maka berbahagialah kita. Namun jika buku catatan amalan kita penuh dengan kejahatan dan kemudaratan, maka rugi dan sengsaralah kita.
Jiwa pasti akan tenang hidup di dunia ini jika kita sentiasa hidup dalam kebaikan dan berbuat kebajikan.