Tabahkan jiwa dengan sabar & solat

Kita hidup di dunia ini adalah ladang akhirat, dan selama kita masih hidup di dunia ini Allah pasti akan menguji kita untuk menilai sekuat apa iman kita dan seberapa tingginya derajat kita di sisi Allah.

Ingat bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya seperti disebut dalam Al quran 2:286.

Anda mungkin stress kerana diberi terlalu banyak kerja, atau kerap dimarahi oleh orang atasan sehingga rasa tertekan dan akhirnya tenggelam dalam pemikiran negatif sehingga terasa hendak mati.

Ada bos yang ‘slave driver’ suka memarahi dan memaksa staf melakukan kerja melebihi kemampuan.

Sebenarnya kalau difikirkan secara mendalam, apa yg bos boleh buat selain menjerit atau terpekik terlolong?

Nothing.

Dia tak boleh sebat anda dengan cemeti, dia tak boleh cekik dan dia tak boleh sepak terajang anda.

Cuba guna mind control, semasa bos sedang terpekik terlolong, imagin dia bogel didepan anda dengan perut buncit terlondeh? Funny tak?

Anda boleh imagin perkara lain seperti sedang mandi dalam airterjun, semasa sedang dimarahi, dan anda akan mampu tersenyum.

Apa apa masalah ofis cuba sleep it off, kerana tidur adalah terapi paling bagus untuk hilangkan stress.

Jika ingin membuat satu keputusan besar, tunggu dua hingga tiga hari untuk berfikir setelah mendapat tidur yang cukup. InsyaAllah keputusannya yang paling bagus.

Pada usia 20’an, apa apa masalah yang ditempuhi seperti terasa gelap dunia tetapi percayalah, ketika diusia matang nanti, anda akan tergelak akan peristiwa tersebut. Semuanya perkara enteng sahaja bila difikirkan balik. Rasa lucu pun ada.

Tabahkan jiwa dengan sabar dan solat, luahkan masalah anda dengan teman sejati untuk release tension dan amalkan baca surah 94 (Al Inshirah).

Catatan asal oleh Tn. Zainuddin Omar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: