
Hati hati dengan jenayah siber khususnya jenayah penipuan atau scam.
Kita selalu terbaca dan ternampak di media cetak ataupun media sosial berkenaan scammer.
Ada yang kerugian ratusan ribu ringgit. Begitu mudah terpedaya sehingga dijerat menjadi mangsa scammer.
Sudah jatuh, ditimpa tangga. Begitulah ibaratnya. Lebih parah mangsa berisiko terlibat dalam masalah sosial dan jenayah lain seperti keruntuhan rumah tangga, pinjaman ah long, jenayah kekerasan sehinggalah kepada pembunuhan.
Penipuan scammer boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, daripada golongan professional sehinggalah kepada kelompok pesara kerajaan, nelayan, petani, kakitangan kerajaan dan swasta termasuklah warga emas dan pelajar.
Masih ramai sebenarnya kurang pendedahan mengenai kegiatan scammer. Sebab itu jenayah berkenaan terus berleluasa dan scammer mengambil kesempatan atas keadaan tersebut.
Penting untuk kita berhati-hati menyerahkan salinan fotokopi kad pengenalan ketika melakukan sebarang urusan.
Boleh ‘google’ cara untuk buat tanda pada setiap salinan fotokopi, supaya dapat mengelakkan ia diguna pakai kali kedua oleh individu tidak bertanggungjawab.
Sama sama kita beringat, awasi ibubapa kita di kampung, selalu ingatkan mereka tentang scammer ni.
Jangan sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat peribadi, nombor telefon, akaun bank jika tiada keperluan atau kepentingan untuk berbuat demikian.
Kalau bukan kita yang ingatkan, siapa lagi.
Sekian.
http://www.alhassanbiz.com