SALAM JUMAAT
Lega rasanya. Bila pelanggan dari Sabah sudah terima barang harini.
Pos 16 Mei 2020, sebelum Hari Raya. Harini baru pelanggan terima barang. Fuhh !
Mungkin ramai yang alami situasi yang sama. Bertabahlah. Pelanggan hari hari tanya barang, stress juga.
Check online, status barang masih dekat kurier, tak gerak gerak. Telefon tah usah cakapla, memang line sibuk memanjang.
Bila pelanggan bagitahu barang dah terima, ibarat macam batu atas kepala dah dialihkan.😅
Apapun terima kasih kepada pelanggan, anda sememangnya ohsem, sanggup tunggu walaupun kami dah bagi pilihan untuk refund semula duit.
Terima kasih juga untuk pihak kurier, kami faham dengan lambakan barang yang terlalu banyak. Barang tetap selamat sampai kepada pelanggan walaupun lambat.
Kami pencetak baju
http://www.alhassanbiz.com