8 Cara Fesyen Yang Lelaki Kurus Perlu Tukar Kalau Tak Mahu Nampak Sekeping!



Ramai ingat lelaki kurus senang nak berfesyen berbanding lelaki berbadan besar. Sebenarnya sangkaan anda silap kerana lelaki kurus juga bermasalah dalam stail fesyen mereka.

Jika anda lelaki kurus pastikan anda praktikkan 8 stail fesyen ini agar anda tak nampak sekeping dan bergaya lebih stailo.


1. BETULKAN CUTTING

Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, baik anda hantar pada tukang jahit untuk ikut saiz anda. Sekurang-kurangnya tak adalah nampak macam anda pinjam baju ayah, abang atau kawan yang badan lagi besar daripada anda.

2. PAKAI LEBIH SELAPIS

Kerapkan pakai baju berlapis. Contohnya, anda pakai t-shirt kemudian anda pakai jaket ‘varsity’ atau kemeja yang besar sedikit di luar mengikut keselesaan anda. Janganlah pula anda pakai baju berlapis-lapis ketika cuaca panas terik. Cara ini boleh memberi ilusi badan anda lebih berisi.

3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK

Untuk anda yang berbadan kurus, pakaian berpotongan slim fit sangat sesuai sebab ia boleh menampakkan susuk tubuh anda yang keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat tau bukan skinny fit sebab ia akan lebih jelas menampakkan yang anda kurus.

4. ELAK PAKAIAN LONGGAR

Pakaian longgar memang buat anda rasa selesa. Namun elakkan pakaian yang terlalu longgar sebab ia akan menampakkan anda bertambah kurus. Mungkin persepsi ramai orang mengatakan pakaian longgar  dapat menyorokkan susuk tubuh anda yang kurus. tapi sebenarnya ia tanggapan yang salah.

5. ELAK AKSESORI BESAR

Aksesori seperti tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya anda elakkan kerana anda akan kelihatan tak kena. Sebab apa? Cuba bayangkan kalau anda memakai jam tangan yang besar, orang sekeliling akan nampak jam anda dahulu berbanding tangan anda yang halus.

6. ELAK CORAK MENEGAK

Memakai baju bercorak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang lebih kurus. Memandangkan anda sudah kurus jadi elakkan corak menegak. Seeloknya pakai baju yang bercorak melintang bagi menampakkan tubuh anda lebih berisi.

7. PAKAI WARNA CERAH

Pakaian berwarna cerah menampakkan si pemakai kelihatan lebih berisi dan ia sememangnya sesuai untuk anda yang berbadan kurus. Kalau boleh, kurangkan memakai pakaian gelap seperti hitam atau coklat. Namun jika anda peminat warna-warna gelap, cubalah cari warna kelabu ataupun coklat terang untuk gaya anda.

8. TAHU JENAMA SESUAI

Ada beberapa jenama pakaian yang direka untuk saiz badan tertentu. Jenama A mungkin sesuai untuk lelaki kurus tapi jenama B lebih sesuai untuk lelaki berotot ataupun sado.


Jadi semuanya terpulang pada anda juga, jika jenis tak kisah, pakai je ikut mana yang terasa nak pakai..😁

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: