SABAR

Perkataan sabar sering diungkap dalam pelbagai situasi kurang menyenangkan menimpa seseorang. Menutur sabar itu mudah, tetapi tidak semudah itu ia mampu melunturkan perasaan gundah dan negatif seseorang pada situasi yang dihadapinya terutama kepada yang masih buntu penyelesaian.

Ia mudah disebut di bibir tanpa menghadirkan rasa simpati yang tinggi dalam hati. Tanpa disedari, sabar sebenarnya suatu sifat yang menuntut kepada mujahadah dan ketahanan pada aras tinggi. Bukan mudah untuk bersabar dan jauh lebih sukar untuk mempertahankan kesabaran.

Jika dapat melepasi tahap sabar, maka sabar itu bisa menjadi penawar paling mujarab dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.

Sesungguhnya, sabar itu akan membawa diri mendekati Allah SWT. Tidak dinafikan, majoriti manusia mampu bersabar pada peringkat awal berlaku sesuatu musibah.

Ada juga golongan yang tidak sabar pada permulaan, tetapi selepas diingat-ingatkan berkenaan sabar akhirnya individu itu menzahirkan perasaan sabarnya.

Namun, ada segelintir yang bersabar dari permulaan, tetapi gagal untuk mengekalkan sabar hingga ke penghujung.

Oleh itu, setiap orang mesti bersabar dalam menghadapi segala cabaran hidup. Janji dan jaminan Allah SWT kepada orang yang bersabar adalah bukti kebaikan yang tidak ada tolok-banding dan tidak akan dipersiakan.

Wallahu aā€™lam.

—-
http://www.alhassanbiz.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: