
Secara amnya, jangan terima tanggungjawab jika anda tiada pengalaman kerana ianya sangat merbahaya untuk anda dan organisasi anda.
Kenapa?
Jika anda kurang pengalaman, banyak perkara boleh dikelirukan dan ditipu oleh musuh dalam selimut; dan anda boleh menjadi ‘fall guy’ untuk mereka.
Untuk dapat pengalaman, jadi orang ‘under study’ kepada mereka yang berpengalaman dan belajar dari mereka.
Boss anda akan tahu bila anda sudah capai tahap pengalaman yang perlu dicapai.
Anda sendiri juga akan merasa sudah bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih.
Moral of the story.
• jangan terima tanggungjawab jika anda tiada pengalaman dan tidak bersedia.
• belajar dan jadi orang ‘understudy’ kepada mereka yang berpengalaman.
• sistem mentor-mentee sangat penting dalam organisasi.
Wallahua’lam.