SAHABAT SELAMANYA

Apabila kita berkawan dengan seseorang, kita akan cuba mengenalinya. Sedia menerima baik dan buruknya.

Malah, tidak menilai dirinya dari aspek luarannya. Setiap manusia dikurniakan fitrah untuk bersosial untuk menemani kehidupan kita yang singkat ini.

Setiap sahabat yang hadir dalam hidup kita amatlah unik. Hargailah dia kerana dia juga seorang insan seperti kita. Menceriakan suasana kehidupan kita.

Malah, segala kebaikan sahabat dapat kita praktikkan untuk kebaikan diri kita sendiri. Kebaikan seorang manusia tidaklah sama dengan yang lain.

Kehidupan ini amatlah singkat. Dikala ini, kita dikurniakan teman-teman sekarang dan mereka tidak akan tetap bersama kita sehingga kita mati nanti.

Kehidupan kita akan diteruskan apabila kita berhijrah ke suatu keadaan yang lain. Di setiap fasa kehidupan kita, teman-teman silih berganti.

Jadikanlah kebaikan seorang teman dapat di”transfer” pada kita. Yang Baik, kita amalkan, Yang buruk, kita jadikan sempadan.

Apabila kita rapat, kita akan cuba jadi sahabat yang baik dan cuba mengelakkan daripada sahabatnya terasa hati dengannya. Kejujuran dan keikhlasan amatlah penting dalam sesuatu hubungan.

Akhir kata… renungilah pesanan Nabi.. Man La Yarham La Yurham… Sesiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak layak disayangi.

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: