SIKAP MALAS

Semua orang tahu malas itu bukanlah satu sifat yang baik. Menyebutnya sahaja sudah menjelikkan, apatah lagi apabila kita dipertemukan dengan orang bersikap sedemikian.

Sudah tentu perasaan jengkel bersarang dalam hati. Ya, kalau sudah semua perkara malas mahu dilakukan, bukan ke membibitkan perasaan kurang senang dalam diri?

Apabila kita malas dan suka menangguh-nangguhkan kerja atau melakukannya secara sambil lewa, pasti ia memberikan hasil kerja yang tidak bagus, bukan?

Impaknya bukan setakat diri kita, tetapi tempiasnya turut dirasai oleh orang di sekeliling kita.

Jadi orang yang malas itu sudah tentu berdosa sebab akan mensia-siakan masa. ALLAH berikan kita masa yang sama iaitu 24 jam, tiada kurang dan tidak lebih. Namun, kalau kita abaikan, kita sudah tercicir masa. Banyak sebenarnya pemberian nikmat yang diberikan ALLAH kepada kita.

Sifat malas bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya supaya rajin dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap pekerjaan.

Carilah kawan-kawan yang sentiasa positif kerana persekitaran kita mesti bercampur dengan orang-orang yang sebegitu dan baik.

Ubahlah persekitaran kita contohnya rumah. Mungkin boleh ubah susun atur dalam rumah berkenaan. Perubahan itu akan membuatkan kita bertambah semangat dan jangan lupa amalkan doa menghindarkan diri daripada sifat malas setiap kali selepas solat.

Wallahu’alam.


Alhassan Printing
http://www.alhassanbiz.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: