JANGAN BERPUTUS ASA

Hidup adalah untuk diuji dan Allah SWT tidak menguji melebihi kadar kemampuan iman hamba-Nya. Tatkala menerima ujian, fahamilah bahawa itu bahasa Tuhan dalam menterjemahkan kasih sayang-Nya.

Pada situasi terhimpit dan tersepit, hilang langkah mahu ke hadapan apatah lagi ke belakang. Di waktu itu kita punya dua pilihan, pertama, terus berharap dan meminta pertolongan kepada Allah SWT. Kedua, kecewa dan putus asa.

Justeru, walau apa juga yang berlaku pohonlah supaya dikurniakan hati yang terus untuk memilih jalan pertama. Pesan berkali-kali pada hati bahawa Tuhan tidak akan menguji lebih daripada kemampuan seseorang hamba untuk menghadapinya, walau susah dan dahsyat, yakinlah ia masih mampu mendepaninya.

Oleh itu, saat ditimpa musibah, tegapkan pergantungan kepada Allah SWT dan perbanyakkan menyebut Hasbunallah Wa Nik Mal Wakil (cukuplah Allah bagi kita sebaik-baik pembela). Yakinlah, ketika manusia mengecewakan ada Allah SWT yang sentiasa membuka pintu untuk membantu.

Ketahuilah, segala kerumitan dalam kehidupan adalah tarbiah daripada Allah SWT untuk meletakkan roh tauhid dalam sanubari hamba-Nya yang beriman. Hadapilah dengan syukur yang panjang kerana dipilih mengikuti kursus tarbiah dalam kehidupan.

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: