KAPAL & ANAI-ANAI

Dikisahkan bahawa dua lelaki bekerja keras membuat sebuah kapal. Ketika mereka sibuk bekerja mereka berdua menemui anai-anai di papan.

Salah seorang dari mereka kemudian mahu membuang papan itu tetapi rakannya melarang dan berkata, “kenapa papan ini dibuang? Kan sayang..lagipun tidak ada masalah. Hanya terdapat sedikit anai-anai.”

Kerana tidak mahu mengecewakan rakannya, papan yang ada anai-anai digunakan untuk membuat kapal.

Setelah sekian lama, akhirnya kapal itu siap dan dapat digunakan untuk belayar di lautan.

Tetapi beberapa tahun kemudian, anai-anai ternyata bertelur dan menetas. Anai-anai kemudian mula merosakkan kayu kapal. Malah anai-anai semakin merebak ke semua bahagian kayu kapal.

Kapal itu terus digunakan dan tidak ada yang menyedari sehingga akhirnya, kayu kapal itu mulai rosak. Dan, apabila dilanda gelombang besar, air berjaya menembus masuk dari celah-celah lubang kayu. Ditambah dengan hujan sering turun dengan lebat, kru kapal tidak lagi dapat mengeluarkan air yang masuk ke dalam kapal sehingga kapal karam. Di dalamnya terdapat barang berharga dan nyawa manusia.

Sahabatku, Seandainya kita sedar bahawa malapetaka besar ini sebenarnya berasal dari sesuatu yang remeh dan tidak berharga seperti papan yang pernah dilanda anai-anai dan kalaulah ketika membuat kapal, papan itu telah dibuang, tentu saja bencana ini dapat dicegah.

Sebenarnya kita sering tidak menyedari bahawa tindakan kecil dan remeh dari kesalahan yang kita lakukan kadang-kadang membawa kepada malapetaka yang besar.

Semoga bermanfaat … Salam Motivasi..!

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: