
Kehidupan di dunia ini sangat realistik. Ketika kita lemah, mundur, gagal, pasti ada orang mengejek kita. Ketika kita ingin memulakan sesuatu yang baru samaada perniagaan atau ada idea baru yang ingin kita kerjakan, tentu ada orang yang tidak mahu menolong tetapi memandang rendah, menghina dan memandang sebelah mata.
Ya, jangan marah, balas dendam atau benci. Lebih baik siapkan semuanya dengan optimum dan berusaha untuk berjaya. Setelah ada bukti tentang kejayaan kita, baru orang akan percaya dan lambat laun akan memberi kita pengiktirafan.
Tetapi jangan terkejut, ketika kita berjaya ada juga orang yang menanti saat kita jatuh semula. Maka perkara utama adalah sikap kita.
Ketika kita gagal dan dipandang rendah, kita tidak marah. Saat kita berjaya, pastikan kita tidak lupa diri.
Walaupun telah berjaya tetap merendah diri dan sederhana. Dan, terus optimis mencipta kejayaan yang lebih besar.
Wallahu’alam.