PENJUAL IKAN

Ada seorang penjual ikan segar di pasar. Dia memasang papan tanda yang bertulis ‘DI SINI JUAL IKAN SEGAR’.

Tidak lama kemudian, seorang pengunjung datang untuk bertanya mengenai tulisannya. “Mengapa kau tulis perkataan DI SINI?, semua orang tahu memang kau menjual di sini, bukan di sana?”

“Betul juga!” fikir penjual ikan itu, kemudian memadamkan perkataan DI SINI dan yang tinggal hanyalah JUAL IKAN SEGAR.

Tidak lama kemudian pengunjung kedua datang yang juga bertanya tulisannya.

“Kenapa kau tulis perkataan SEGAR?, memang semua orang sudah tahu yang kau jual ikan segar, bukan ikan busuk?”

“Betul juga,” fikir penjual ikan itu, kemudian memadamkan perkataan SEGAR dan tinggallah perkataan JUAL IKAN.

Kemudian datang pula pengunjung ketiga yang juga bertanya tulisannya. “Kenapa kau tulis perkataan JUAL?, semua orang sudah tahu bahawa ikan ini dijual, bukan untuk dipamerkan?.”

“Betul juga,” fikir penjual ikan itu, kemudian memadamkan perkataan JUAL dan hanya tinggal perkataan IKAN pada papan tandanya.

Tidak lama kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga bertanya tulisannya. “Mengapa kau menulis perkataan IKAN?, semua orang sudah tahu bahawa ini Ikan bukan Daging?”

“Betul juga,” fikir penjual ikan itu, lalu menurunkan terus papan tandanya.

Sahabat, jika kita ingin memuaskan semua orang, maka yakinlah bahawa kita tidak mampu & tidak mungkin atau bahkan kita sebenarnya merosakkan diri kita sendiri.

Adalah fitrah manusia untuk mempunyai pendapat yang berbeza.

Sebagai contoh lihatlah kawasan taman perumahan yang terbukti dulu sama, dalam beberapa tahun telah menjadi berbeza.

Oleh itu, beri keutamaan kepada hati nurani anda. Biarkan orang lain memberi pendapat, tetapi anda fikirkanlah, cernakan pendapat mereka lagi, apakah itu sesuai dengan hati nurani anda?. Jika tidak, maka tegas untuk mengatakan “TIDAK !…MAAF ! .”

Terima kasih kerana membaca…Salam Motivasi !

2 thoughts on “PENJUAL IKAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: