SEDEKAH yang Mana Membawa Kita Syurga

Rasulullah berkata, “Jagalah diri kamu dari api neraka walaupun dengan separuh daripada sebiji kurma.” – Sahih al-Bukhari

Kita tidak tahu amal mana yang menjadi pendinding dari api neraka.

Mungkin ‘sedekah masa’ yang kita luangkan untuk mendengar luahan seorang sahabat.

Atau ‘sedekah ruang’ untuk kereta di lorong sebelah ketika jalan sesak.

Atau ‘sedekah ego’ sewaktu kita membersihkan tandas surau yang kita singgah.

Atau ‘sedekah senyuman’ kepada jiran yang sedang bermuram akibat sewa rumah yang belum dibayar.

Atau ‘sedekah diam’ sewaktu kita menahan jari daripada menulis sesuatu yang mungkin mengguris hati seseorang.

Atau ‘sedekah data hotspot’ kepada seorang pemuda yang kehabisan data internet untuk menempah grabcar.

Atau ‘sedekah tulisan’ yang kita kongsikan setiap hari hanya atas tujuan memandaikan bangsa.

Atau ‘sedekah networking’ kita dengan memperkenalkan kenalan kepada kawan untuk memudahkan urusan.

Atau ‘sedekah kasih sayang’ yang kita berikan kepada kanak-kanak yang tidak ada ibu dan ayah.

Atau ‘sedekah pengalaman’ kita yang pernah kita lalui supaya orang lain tidak mengulangi kesilapan kita yang lalu.

Atau ‘sedekah doa’ yang kita ucapkan di hadapan kawan yang sedang kesulitan.

Kita tidak tahu amal yang mana membuatkan kaki kanan kita dapat berpijak di hadapan pintu syurga.

Wallahu’alam.


#kamipencetakbaju

Alhassan Printing
http://www.alhassanbiz.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: