
Logo berbentuk hati dipilih dengan warna-warna bendera Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan Kerajaan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tema sambutan tahun ini adalah ‘Malaysia Prihatin’. ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan, manakala ‘Prihatin’ mewakili keprihatinan Kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif PRIHATIN yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
Sempena Bulan Kebangsaan tahun ini, empat aktiviti utama akan diadakan iaitu Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara yang akan bermula 9 Julai hingga 16 September 2020, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 28 Julai 2020 di Putrajaya, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2020 di Kuala Lumpur, dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2020 di Sibu, Sarawak.
#HariKebangsaan2020
#SemarakMerdeka
Kredit: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan – PPANS