
Sekiranya kita ingin berjaya, kita juga mesti melakukan apa yang tidak kita sukai.
Sekiranya kita tidak dapat bersyukur dengan apa yang sudah kita miliki, sukar bagi kita untuk hidup dalam rasa bahagia.
Niat itu seperti surat. Sekiranya kita menulis alamat yang salah, ia akan sampai ke tempat yang salah. Betulkan niat setiap hari agar mendapat redha Allah.
Senyum dalam apa jua keadaan, tanpa menyedari senyuman itu akan menguatkan kita.
Syukuri nikmat yang kecil untuk mengundang datangnya nikmat yang lebih besar.
Hidup ini bukan tentang bagaimana kita menjadi baik, tetapi lebih kepada bagaimana kita boleh memberi manfaat & kebaikan kepada orang lain.
Kerjakan segala sesuatu dengan baik, maka segala sesuatu yang baik akan datang kepada kita.
Wallahu’alam.