BELALANG DAN KOTAK

Seekor belalang telah lama terkurung didalam sebuah kotak. Suatu hari ia berjaya keluar dari kotak yang mengurungnya itu. Dengan gembira ia melompat-lompat menikmati kebebasannya.

Di perjalanan ia bertemu dengan seekor belalang lain. Namun ia keheranan kenapa belalang itu boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya. Dengan perasaan ingin tahu ia menghampiri belalang itu, dan bertanya, “Mengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh, padahal kita tidak jauh berbeza dari usia ataupun bentuk tubuh?”

Belalang itupun menjawabnya, “Dimanakah kau tinggal selama ini? Kerana semua belalang yang hidup dialam bebas pasti boleh melakukan seperti yang aku lakukan”. Ketika itu si belalang baru tersedar bahawa selama ini kotak tempat ia tinggal itulah yang menjadi punca lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas.

Kadangkala kita sebagai manusia tanpa sedar pernah juga mengalami hal yang sama dengan belalang. Persekitaran kita yang buruk, penghinaan, trauma masa lalu, kisah kegagalan, kata-kata kawan atau jiran sekeliling, seolah-olah membuat kita terkurung dalam kotak yang menghalang semua kelebihan kita.

Kita lebih mempercayai mentah-mentah apa saja orang lain cakap kepada kita tanpa pernah berfikir benarkah kita separah itu? Bahkan lebih buruk lagi, kita lebih memilih untuk mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri.

Tidakkah kita pernah tanyakan kepada hati nurani bahawa kita boleh “melompat lebih tinggi dan lebih jauh” kalau kita mahu menyingkirkan “kotak” itu? Tidakkah kita ingin membebaskan diri agar kita boleh mencapai sesuatu yang selama ini kita anggap diluar kemampuan kita?

Beruntung sebagai manusia, Tuhan beri kita kemampuan untuk berjuang, tidak hanya menyerah begitu saja pada apa yang kita alami.

Kerana itu sahabat, teruslah berusaha mencapai apapun yang anda ingin capai. Memang sakit, memang penat, tetapi bila anda sudah sampai kepuncak, semua pengorbanan itu pasti terbayar.

Kehidupan kita akan lebih baik jika hidup dengan cara hidup pilihan kita. Bukan cara hidup yang seperti orang lain pilihkan untuk kita…

Wallahu’alam.

#kamipencetakbaju

Follow rapat kami disini;👇
IG #al_hassanprinting
FBPage #alhassanbizprinting
http://www.alhassanbiz.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: