
MORNING ALL — Hari ni saya masuk tinjau kawasan tapak Dusun Eco Resort di Lenggeng. Kawasan hutan sekunder dengan pokok besar rimbun yang orang sebelum ini give up nak usahakan kerana ketiadaan jentera.
Excavator yang paling kecil kami juga yang paling bongsu sahaja buat kerja panjat bukit dan cabut pokok-pokok belukar dan tinggalkan pokok besar.
Tanah sebegini susah orang usahakan, akhirnya dijual pada harga yang murah. Tak semua bisnes kita buat untuk untung semata-mata. Yang projek ini ialah projek Dusun Eco Resort untuk kami rehat-rehat dan melayan trek kereta lasak.
Apa yg utama? Buat bisnes yang kita sukai dan menggembirakan kita. Stress hilang, kerja lebih produktif.
Bila kita boleh memilih jenis bisnes apa yang mahu kita mula, pilihlah yang kita paling suka. Kalau buat bisnes untuk kejar kaya, makin laju kita mengejar kaya semakin laju kaya lari. Kalau bisnes didasari gembira, nanti berebut-rebutlah kekayaan datang cari kita.
Tak percaya?
Buatlah
SAIFUL NANG
Peneroka Tanah
Lenggeng