BETULKAN CUTTING
Kalau susah nak jumpa ‘cutting’ baju dan seluar yang sesuai, baik anda hantar pada tukang jahit untuk ikut saiz anda. Sekurang-kurangnya tak adalah nampak macam baju pinjam.PAKAI LEBIH SELAPIS
Kerapkan pakai baju berlapis. Misalnya anda pakai t-shirt kemudian pakai jaket atau kemeja yang besar sedikit diluar mengikut keselesaan anda.PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK
Untuk anda yang berbadan kurus, pakaian berpotongan slim fit sangat sesuai kerana ianya boleh menampakkan susuk tubuh anda yang keras dan bahu lebih besar.ELAK PAKAIAN LINGGAR
Pakaian longgar memang buat anda rasa selesa. Namun elakkan pakaian yang terlalu longgar kerana akan menampakkan anda bertambah kurus.ELAK AKSESORI BESAR
Cuba elakkan aksesori seperti tali pinggang atau jam tangan yang besar kerana anda akan kelihatan seperti tidak kena. Bayangkan kalau anda pakai jam tangan yang besar, orang sekeliling akan nampak jam dahulu berbanding tangan anda yang halus tu.ELAK CORAK MENEGAK
Memakai baju bercorak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang lebih kurus. Anda yang sudah kurus cuba elakkan corak menegak. Seeloknya pakai baju yang bercorak melintang bagi menampakkan tubuh anda lebih berisi.PAKAI WARNA CERAH
Pakaian berwarna cerah menampilkan si pemakai kelihatan lebih berisi dan sesuai untuk anda yang kurus. Kalau boleh, kurangkan memakai pakaian berwarna gelap seperti hitam atau coklat.TAHU JENAMA SESUAI
Ada beberapa jenama pakaian yang direka untuk saiz badan tertentu. Jenama A mungkin sesuai untuk lelaki kurus, manakala jenama Z lebih sesuai untuk lelaki berotot atau pun sado.
Ramai ingat lelaki kurus senang nak berfesyen berbanding lelaki berbadan besar. Sebenarnya sangkaan anda silap kerana lelaki kurus juga bermasalah dalam stail fesyen mereka.
Namun, semuanya terpulang pada anda juga, jika jenis tak kisah..pakai je ikut mana yang terasa nak pakai.
LIKE | SHARE | FOLLOW rapat kami disini;👇
IG #al_hassanprinting
FBPage #alhassanbizprinting
http://www.alhassanbiz.com