Sehebat apa pun bisnes yang diusahakan, kalau niatnya salah maka tidak akan jadi amal.

Bisnes harus menjadikan kita yakin bahawa Allah yang memberi rezeki, Allah yang mengatur rezeki, Allah yang menahan rezeki dan Allah yang mengambil rezeki.

Sementara customer hanya perantara rezeki dari Allah.

Untuk faham konsep ini, rajin-rajinlah mencari ilmu agama.

Dari ilmu agama itu kita akan faham tujuan berbisnes.

Sehebat apa pun bisnes yang diusahakan, kalau niatnya salah maka tidak akan jadi amal.

Rugi kita menggunakan potensi, waktu, tenaga, fikiran, kalau tak jadi amal.

Kerana mati tidak akan membawa bisnes tetapi amalnya yang dibawa.

Tugas kita di dunia ni adalah untuk beribadah kepada Allah.

Takwa ada pengaruh dalam soal rezeki.

“Barangsiapa yang bertakwa Allah akan beri tunjukkan jalan. Dan Allah akan berikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka”.

Allah tidak memuji orang yang 24 jam di masjid, atau yang berzikir dan mengaji non-stop.

Sebaliknya Allah puji dan menyenangi orang yang berkerja tetapi ketika datang panggilan Allah dia bersegera solat [An-Nur, 37].

Orang-orang begini hebat.

Mereka sibuk mencari nafkah untuk anak, keluarga dan orang tua tetapi pekerjaan tidak melalaikan mereka untuk menjaga solat, tak lalai berzikir, tak lupa mengaji, masih ada masa belajar agama dan tak membuatkan mereka lupa akan kematian.

Dari sejak dalam rahim ibu, sampai dilahirkan, dalam keadaan tak faham apa-apa, Allah mengatur rezeki melalui tali pusat dan susu ibu.

Tapi kenapa bila kita sudah faham, sudah berilmu, sudah pandai, kita risau fikirkan tentang rezeki?

Jangan suudzon (buruk sangka) pada Allah.

Asalkan usaha dan takwa, Allah akan berikan rezeki yang cukup.

Masalahnya, kita ni mahu rezeki yang banyak melimpah-limpah.

Ingatlah, Allah tak akan beri tanpa tujuan.
Semua yang dinikmati akan diminta untuk dipertanggungjawabkan kelak.

Kalau sekian lama berusaha rezeki masih cukup-cukup, anggaplah Allah mahu beri kita hisab yang mudah di akhirat nanti.

Jangan suudzon dengan Allah.

Berusahalah mencari rezeki seperti kau akan hidup 1000 tahun, tetapi beribadahlah seperti kau akan mati esok hari.

Ramai orang pandai cakap saja. Bab nak buat yang paling payah. Tang situlah kita pakat kena sama-sama betulkan diri.

Jangan pula suudzon dengan DIRI SENDIRI.

Kalau kau pun tak yakin dengan kemampuan diri, selalu bersangka-sangka, malas nak belajar, tak rajin nak kutip ilmu, penyegan nak mampos, asyik nak kena suruh.. bagilah segala bapak mentor pun kau takkan mampu berjaya di atas kaki sendiri.

Allah pun tak boleh ubah kita, kalau kau tak mahu ubah NASIB SENDIRI.

Kita mungkin sedang berperang dengan nafsu, tetapi berdamailah dengan ilmu.

Moga Allah akan tunjukkan jalan dengan petunjuk wahyu.

Jangan pernah putus asa menjemput rezeki.

Salam Dhuha,

.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare

Terima kasih kerana share.
Follow t.me/notamutawifrare

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: