3 CARA NAK KEKAL POSITIF SETIAP HARI AGAR LEBIH BAHAGIA

  1. Ubah Mindset

Perkara pertama yang perlu kita ubah adalah mindset. Kita perlu ubah mindset ke arah yang lebih positif.

Setiap kali bangun pagi cakap pada diri “Hari ini aku nak senyum-senyum dan happy sepanjang hari, tak nak marah-marah dan tak nak sedih-sedih”

Dan setiap kali bangun tidur, penuhilah dengan rasa syukur. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberikan kepada kita yang tidak boleh dikira jumlahnya.

Percayalah kita akan rasa lebih tenang. Kurang bersyukur adalah salah satu punca kenapa hidup tidak bahagia dan tenang.

Ada ketika, saat kita melihat orang lain lebih daripada kita dari semua aspek membuatkan hati menjadi tidak senang, cemburu, dengki atau apa sahaja perasaan negatif.

Kalau ada perasaan macam tu, buang jauh-jauh. Cukup kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Bila kita bersyukur, Allah akan melipatgandakan rezeki kita.
.

  1. Beriadah

Rajin-rajinkan lah diri untuk beriadah. Pergi bersenam, jogging atau jalan-jalan ambil udara di luar rumah untuk tenangkan fikiran.

Daripada duduk terperuk dalam rumah akan membuatkan otak jadi ‘tepu’ rasa tidak berkembang, fikiran pun jadi serabut, badan lemah, rasa nak marah dan sebagainya.

Jadi beriadah ini juga penting untuk mengekalkan pemikiran yang positif dan otak pun jadi cerdas.

Selain itu, beriadah juga dapat membantu menyihatkan tubuh dan apabila badan sihat dan segar, kita akan lebih bersemangat dan ceria.
.

  1. Dekatkan diri dengan Tuhan

Kita perlu tahu apa yang berlaku dalam hidup kita semuanya atas kententuan Allah.

Ingat setiap masalah yang kita hadapi semuanya datang daripadanya. Jadi dekatkan diri kepadanya.

Banyakkan beribadah kepadanya dan sentiasa berdoa meminta pertolongan agar diberikan jalan penyelesaian untuk masalah atau dugaan yang dihadapi.

Bila kita luahkan segala masalah kepadanya hati kita akan berasa lega dan tenang.
.
.
Sedikit tips berkenaan kehidupan harian kita. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: