5 PERKARA INI ANDA LAKUKAN, ADA HARAPAN ANDA DIPILIH MENJADI KAPTEN PASUKAN.

5 PERKARA INI ANDA LAKUKAN, ADA HARAPAN ANDA DIPILIH MENJADI KAPTEN PASUKAN.

Bukan hanya soal armband yang terlilit di lengan, tetapi menjadi kapten pasukan membuatkan tanggungjawab anda lebih besar di dalam pasukan.

Jiwa pemimpin lebih diutamakan daripada seorang kapten. Dalam semangat kepemimpinan, terdapat banyak perkara yang harus anda biasakan dari semasa ke semasa.

Ada lima faktor yang mempengaruhi jurulatih untuk memilih kapten. Sekiranya anda ingin menjadi ketua pasukan, anda harus memperbaiki lima perkara di bawah.

  1. RAJIN
    Rajin dalam semua perkara. Baik semasa latihan mahupun ketika melakukan aktiviti lain. Ini akan membuatkan kamu menjadi teladan yang baik oleh rakan-rakan lainnya. “If your actions inspire others to dream more, learn more, do more and become more, You Are a Leader,”
  2. DISIPLIN
    Disiplin membuatkan kita menghormati masa. Disiplin mempengaruhi tingkah laku dan matlamat hidup anda. Seorang kapten mesti bedisiplin supaya menjadi ikutan dan teladan bagi pemain lain.
  3. SIKAP
    “Your Attitude is like a price tag, it shows how valuable you are”. Sikap yang baik perlu ada pada kapten pasukan untuk memimpin rakan-rakannya ketika didalam padang. Sikap yang baik akan membuatkan kamu dihargai dan dihormati oleh kawan mahupun lawan.
  4. KOMUNIKASI
    Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik membantu seorang kapten didalam padang. Selain dapat memahami arahan jurulatih, ia juga menjadikan pasukan lebih harmoni dan mencegah konflik dalaman.
  5. JUJUR
    Bersikap jujur ​​adalah segala-galanya untuk menjadi ketua pasukan kerana ada kaitan dengan kepercayaan. Ia juga berkaitan dengan tingkah laku dan komunikasi. Jadilah kapten yang jujur ​​supaya rakan sepasukan anda dapat mempercayai anda.

Ok champ, lima tips untuk anda dipilih menjadi kapten pasukan. Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Nak cari armband boleh tanya kami, kami pembekal armband, yang bestnya boleh cetak logo team anda. Boleh tanya disini http://bit.ly/3jS0pBO

Jangan lupa Share, Like, Komen & Follow FB page kami https://www.facebook.com/AlhassanJersey

#alhassanjersey #jerseybajet #jerseyteambajet #alhassanblackrino #alhassanpanzer #armband #bibs #alatansukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: