
Ketika lahir kedua tangan kita kosong. Ketika meninggal kedua tangan kita juga kosong. Datang dan pergi kita tidak membawa apa-apa. Maka, janganlah sombong kerana kaya. Jangan pula bersedih kerana miskin. Bukankah kita semua hanyalah tamu?
Dan, semua milik kita hanyalah pinjaman. Datang ditemani dengan tangis, pergi juga ditemani dengan tangis. Tetaplah rendah hati dalam keadaan apa pun dan selalulah berbuat baik selagi hidup. Kerana hidup ini pun hanya sebatas tarikan nafas.
Semoga Allah sentiasa menuntun hati-hati kita semua ke arah kebaikan sebelum dijemput pulang.
Wallahu a’lam.