Apakah kita seorang yang defensif?
Maksud defensif adalah kita membela diri apabila dikritik, dituduh ataupun dipersalahkan.
Menurut pakar-pakar psikologi, di bawah ini adalah tanda-tandanya apabila kita bersikap defensif:
1. Kita tidak mahu lagi mendengar orang itu bercakap. Kita tutup telinga. Kita buat pekak. Kita angkat punggung, tinggalkan orang itu bercakap sendiri.
2. Kita beri macam-macam alasan berkenaan perkara yang disebut oleh orang itu. Kita pertahankan apa yang kita lakukan.
3. Kita mengelak daripada bercakap berkenaan perkara yang dibangkitkan. Sebaliknya, kita mengata balik orang itu, dan kita tuduh dia pun bukan betul sangat. Dia pun ada buat macam-macam kesalahan juga.
4. Kita tuduh orang itu pun sama saja, dia sendiri pun ada melakukan perkara yang kita lakukan.
5. Kita korek sejarah lampau orang itu. Kita keluarkan rahsia peribadinya yang busuk-busuk yang kita tahu.
Menurut Arlin Cuncic, seorang ahli psikologi, seseorang itu menjadi defensif disebabkan dia hendak mengurangkan perasaan sakit hati dan malu akibat dikritik, dituduh, ataupun dipersalahkan.