5 Cara Basuh Baju Putih Elak Warna Luntur, Rosak & Cepat Kuning!

“Saya suka pakai baju warna putih, tapi tulah..leceh sikit cara nak basuh baju putih ni”

5 Cara Basuh Baju Putih Elak Warna Luntur, Rosak & Cepat Kuning!

Penjagaan dan cara basuh baju putih memang sukar terutamanya ketika hendak membasuh. Jika tersilap basuh baju putih, hasilnya baju putih boleh cepat pudar, kuning, tak pun rosak.

Bagi penggemar baju putih, sebenarnya ada cara mudah nak basuh baju putih agar ia nampak seperti baru.

Oleh itu, kami ada 5 cara untuk basuh baju putih agar tidak rosak dan kekuningan walaupun sudah dipakai bertahun lamanya.

1. Asingkan baju putih daripada baju berwarna

Baju putih sangat mudah terkena lunturan baju warna lain jika ia direndamkan dalam satu baldi. Sebelum proses mencuci baju, asingkan baju putih dengan baju berwarna terlebih dahulu. Jika disekalikan, bimbang baju putih akan terkena tompokan warna baju lain, selain boleh mengakibatkan baju putih nampak seperti kusam.

2. Rendam baju putih mengikut material

Bukan setakat baju berwarna, anda juga harus asingkan setiap baju putih mengikut material kainnya sebelum mencuci. Baju putih yang diperbuat daripada linen dan kapas boleh dibasuh bersama. Begitu juga dengan material acetates boleh digabungkan bersama material acrylics. Manakala baju putih daripada material berbulu tidak boleh dicampurkan dengan mana-mana material.

3. Rendam baju putih dalam air suam

Sebelum mula mencuci, periksa label baju putih korang sama ada ia boleh dicuci dengan air panas atau tidak. Jika boleh, rendamkan baju putih dalam air suam kerana ia merupakan setting terbaik untuk membasuh pakaian berwarna putih. Kemudian boleh anda mencuci baju putih tersebut dengan sabun seperti biasa.

4. Elak cuci dengan air sejuk

Untuk mencuci baju putih, anda kena pastikan suhu air yang digunakan bersesuaian. Elak mencuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk boleh memudahkan kekotoran melekat pada pakaian.

5. Elak jemur di bawah matahari terik

Kalau boleh elak menggantung baju putih di bawah matahari terik. Cara ini boleh menyebabkan warna baju putih anda cepat nampak kusam dan pudar. Sebaiknya jemur di kawasan yang berbumbung.

Sekian.


➡️FBPage:
https://www.facebook.com/alhassanbizprinting
➡️Instagram:
https://www.instagram.com/al_hassanprinting
➡️Website:
http://www.alhassanbiz.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: