Wanita Myanmar ditahan guna identiti orang lain dapatkan vaksin COVID-19

September 2, 2021 @ 5:48pm

MELAKA: Seorang wanita warga Myanmar ditahan ketika mendapatkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di sebuah klinik di Melaka Tengah di sini, pada 18 Ogos lalu kerana dipercayai menggunakan identiti orang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superintendan E Sundra Rajan, berkata suspek berumur 27 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 petang selepas didapati menggunakan pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera yang didaftarkan milik seorang pekerja lelaki dari sebuah syarikat percetakan di Cheng di sini.

“Kejadian itu disedari mangsa yang juga seorang warga asing berusia 30-an yang memeriksa maklumat penerimaan vaksin dalam aplikasi itu telah dikemas kini dan tercatat telah mengambil dos pertama.

“Lelaki itu mengadu hal berkenaan kepada majikannya sebelum majikan berkenaan membuat laporan polis yang mendakwa identiti pekerjanya telah digunakan oleh pihak ketiga untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya merampas satu kad vaksin atas nama suspek, i-kad bertulis ‘Malaysia Immigration Regulations 1963 Visit Pass’ yang dipercayai palsu, satu salinan kad pasport yang tamat tempoh dan telefon bimbit suspek.

Beliau berkata pihaknya mendapati klinik swasta terbabit mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan untuk memberi suntikan vaksin COVID-19.

Katanya, suspek direman selama 17 hari bermula 19 Ogos hingga 4 September bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dengan jalan samaran dan menggunakan identiti individu lain bagi pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah,” katanya. – BERNAMA

BOSS!
BISNESKAD SEKOTAK RM9.80!

Apa ni boss, bisnes dah lama..baru sekarang terpikir nak buat bisnes kad.

Rugi boss jumpa pelanggan, jumpa prospek tak bagi bisneskad.

Mesti pikir, ahhh tak penting pun bisnes kad ni.

Ok boss-boss semua, sedikit penerangan. Fungsi bisnes kad adalah sebagai alat pengenalan perniagaan dan boleh letak segala maklumat perniagaan pada kad tersebut. Ianya mudah di simpan dan mudah dibawa ke mana saja.

Bisnes kad juga akan membantu boss dari sudut pemasaran kerana ia akan menjadi peringatan berguna kepada bakal pelanggan atau prospek boss!

Dan lagi satu, mesti boss pikir nak buat sekotak bisnes kad ni mahal kan?. Rm9.80 jer bos sekotak. Murah yakmat!

Memang ada harga promosi sekarang, boss boleh tekan link dibawah;

https://bit.ly/2XWy8A5
https://bit.ly/2XWy8A5
https://bit.ly/2XWy8A5

Bantu kami ‘SHARE’ kepada kawan-kawan, saudara-mara dan kenalan anda. Mungkin ada antara mereka yang bercadang nak buat bisnes kad. Bantu kami untuk kami bantu mereka❤

#bisneskadbajet #bisneskadpremiumhargakaki5 #bisneskadonline

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: